Seminar ini merupakan salah satu daripada program yang dirancang secara sistematik melalui pelan perancangan strategik Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Program tahunan ini dilaksanakan secara bersama Institut Pengajian Tinggi, Universiti dan Jabatan Agama Islam Johor. Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan, Unit Penyelidikan Pusat Tafaqquh & Profesionalisme pada Tahun 2017 di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah menetapkan Universiti Sains Islam Malaysia dan IPG Kampus Temenggong Ibrahim sebagai penganjur bersama dengan sokongan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Johor.

Seminar ini diadakan bersempena Majlis Sambutan 100 Tahun Pendidikan Islam Negeri Johor Darul Ta’zim. Mengiktiraf kejayaan 100 tahun pengoperasian Sekolah Agama Negeri Johor yang bermula pada tahun 1918.

 

 

No newer/older posts